Rabu, 7 Mac 2012

KOMPONEN SISTEM KOMPUTER

KOMPONEN SISTEM KOMPUTER

1. Komputer ialah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses data ke bentuk maklumat yang berguna kepada manusia (output) dan menyimpan data dalam storan sekunder untuk simpanan atau kegunaan akan datang.
2. Sistem komputer terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan(hardware), perisian(software), dan akhir sekali pengguna(user).
3. Perkakasan ialah semua peralatan yang berkaitan dengan komputer. Peranti yang disambung terus ke komputer dikenali sebagai peranti periferal. Ia termasuklah peranti input, output, dan storan sekunder. Terdapat empat unit perkakasan computer iaitu unit input, unit pemproses, unit output dan unit storan.
4. Perisian ialah set arahan yang mengarahkan komputer apa yang perlu dilaksanakannya. Ia juga dikenali sebagai program iaitu set arahan yang mengarahkan komputer langkah demi langkah melaksanakan tugas dan menghasilkan keputusan. Terdapat dua kategori perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi
5. Perisian Sistem ialah perisian yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengawalan terus dan penggunaan perkakasan komputer. Contohnya ialah seperti diatas iaitu DOS, UNIX, Operating System dan sebagainya.
6. Perisian Aplikasi ialah perisian yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugas pengguna. Contoh kita boleh nyatakan banyak seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint, Microsoft Access, Notepad, Frontpage Express, Neoplanet, Adobe Photoshop, Macromedia Dreamweaver, dan banyak lagi.
7. Terdapat lima kategori perisian aplikasi.
KATEGORI PERISIAN APLIKASI CONTOH
a) Pemproses Perkataan (Word Processing) Microsoft Word
b) Lembaran Elektronik (Electronic Spreadsheet) Microsoft Excel
c) Pengurusan Pangkalan Data (Database Management) Microsoft Access
d) Grafik (Graphics) Microsoft Power Point, Adobe Photoshop
e) Komunikasi (Communication) Netscape, Neoplanet, Internet Explorer
8. Pengguna atau Pekerja yang diperlukan untuk melaksanakan sistem komputer.
a. Operator Kemasukan Data - menyelesaikan data untuk pemprosesan.
b. Operator Komputer - mengawasi komputer, mengkaji prosedur dan memastikan peralatan periferal sentiasa berfungsi.
c. Pustakawan - menkatelog dan menyimpan cakera serta pita.
d. Pengatur Cara Komputer - mereka bentuk, menulis, menguji, dan melaksanakan program komputer.
e. Juruanalisa Sistem - berpengetahuan dalam pengaturcaraan, mereka, merancang dan mereka bentuk sistem komputer .
f. Pengurus - pengurus perlu memahami matlamat dan operasi organisasi serta teknologi komputer .
g. Pengurus Rangkaian - melaksanakan dan meyelenggara rangkaian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan