BRIGED BESTARI SMK (F) BESOUT



               MENGAPAKAH BRIGED BESTARI DITUBUHKAN                     


Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Sekolah Bestari serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi lain berjalan lancar.

Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.

SMK (F) BESOUT membuka permohonan untuk Briged Bestari. Keahlian dibuka kepada pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 5.Pelajar yang layak akan ditemuduga dan menjalani ujian kelayakan khas. Tarikh tutup permohonan sebelum 31 januari 2012. Maklumat lanjut sila berjumpa ENCIK MOHAMMAD HASANOL BIN BAKHIAR, Guru ICT.




                       Antara Syarat Pemilihan Keanggotaan:-

  • Pelajar sekolah yang berkenaan. - Jumlah ahli antara 25 hingga 30 orang
    yang diwakili oleh pelajar setiap tingkatan di sekolah menengah.
  • Berminat serta mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. (ICT)
  • Memiliki rekod akademik cemerlang.
  • Mempunyai rekod disiplin yang baik.